Tuesday, 14 March 2017

My first vacation!

My first vacation was at Pulau Pangkor, 6/3/2017 until 7/3/2017. My firstvacation ever. Hehehehe. Okay actually memang tak plan lansung nak pergi pangkor ni. Dia start when my friend sesaja nak kenakan our best fren aten. So ummi(my friend tadi) acah acah je cakap nak pergi vacay sebab nak release stress. And i pun that time tengah stress jugak so i take it serious padahal niat nak bergurau je. Hahahaha. "Aku ingatkan nak kenakan fatin je, taktau pulak kau serious" Hahahah lepas dah plan secara last  minute, ummi pun booking la chalet yang kat nipah bay villa tu. Haaaa not bad jugak bilik dia tapi kalau korang nak pergi better ambil yang bilik berpatutan. Okay maksudnya disini, better korang pilih bilik yang ada semua kemudahan and murah. Tak sangka pulak pekerja kat chalet tu 'peramah' gilaaa. Hehehe. Peramah sebab cara dia cakap mcm Dato Aliff Syukri. Hohoho. Bagus siap dia kata ada discount lagi tapi malangnya kitorang just spend one night je. sobsss.

Okay bajet nak pergi sana tu almost RM200++ depends apa yang korang makan okay. Siapa yang suka food hunting tu sila lah bawak lebih. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi sampai kat jeti dalam pukul 11.30 mcm tu. Dari sabak ke marina island ambil masa 1 jam 30minit jugak la. So sampai sampai nak pergi parking. Parking pun mahai kot, sehari RM15 kot dua hari dah RM30, ko gilaaa apa boleh beli nasi lemak 20 bungkus kot. Tu sebiji kereta kalau 50 biji kereta, haaa engko kira sendiri. Dalam pukul  12tghhari mcm tu baru gerak dari jeti. Yang bestnya kalau dari Marina island ni 10minit je ke pangkor tapi kalau dari jeti Lumut ambil masa sejam lebih. Banyak kan beza dia.

Then sesampai je kat sana happy dia toksah cakap la sebab kitorang dah lama nauuu tak pergi pangkor. Happy bukan sebab apa sebab dapat bebas hahahaha. Dari jeti nak ke teluk nipah pun ambil masa naik van pulak tu padahal berdua saja. Muehehehe. Kat situ memang ada van je dgn motor sewa. Masa nak naik van tetibe aku terhantuk kepala nampak tak yang van tu kecik ahahaha nak kata aku tinggi takde la tinggi sgt mcm matsaleh. Padahal orang tu dah warning dah 'jaga jaga kepala tu' aku nak cepat sebab panas gilaaa that time. Time nak turun van pun terhantuk lagi dengan terpijak kain sendirinyaaa walahhh dah la time tu lapar mcm nak makan orang. Dugaan betul. Lepas dah check in semua, kami pun p makan la kat area chalet tu. Tapi mcm hambar jugak la sebab kitorang pergi tu pun waktu orang bekerja so kat kedai makan tu dengan area tempat tu takde orang punnnn hahaha kitorang berdua pun berhuhuhuhu jela. Lepas makan balik bilik dan tidurrrrrrrrrrrr.Tu nikmat paling best.

Petang sikit tu dalam 4.30 mcm tu(memandangkan boleh solat jamak) kitorang turun ke pantai. Wahhhhhh time tu perasaan stress tu semua dah buang kat pantai. Tenang dia rasa nak menangis sebab terlalu tenang dan bersyukur aku masih ada peluang untuk menjalani kehidupan. Ecehhhhhhh. Geli geli pulak ayat. So then kitorang main ayaq kat sisir pantai je tak berani nak masuk dalam lagi. Kebetulan time tu ada family mat saleh mandi kat situ, kitorang mampu main ombak jela. Hehehehe. Then tak lama lepas tuuu kitorang decide nak cari pelampung, tapi life jacket je yang ada. Hareyyyy betul. Lepastu dah sembang sembang dengan abg yang jaga kat kawasan tu kitorang pun decide nak pergi snorkeling dengan harga RM20 seorang saje. Haaaa memang rezeki kitorang kot dapat murah mcm tu. So pergi la ke pulau yang memang khas orang snorkeling kat situ. Ramai jugak la orang kat situ. Experiance dia memang tak dapat dijual beli, tersangat sangat lah seronok dapat tengok ikan dalam air, dapat tengok batu karang, paling best dapat belajar berenang sesikit. I didn't expect that i can do that. But yeahhh i did it!!! Balik je snorkeling depa bawak pergi pusing pulau pulak. Dah memcam jenis bentuk batu gua jumpa and it was interesting!!! Semoga Pulau Pangkor terus jadi pusat pelancogan!!

Malamnya tu takde aktiviti sangat, keluar pun sebab nak pergi makan haaaaaa makanan malam tu rasa macam lagi sedap daripada tengah hari tadi. Uhukss kitorang makan nasi goreng seafood dgn cheezy wedges. Rangup sehhh wedges diaaa lagi sedap dari kfc. Hahahah kot laa. Then dah settle makan, kitorang pergi kejap jalan jalan tapi tak ada apa pun sebab malam kedai tutup since that day bukan cuti sekolah. Balik bilik lagi best dapat tidur muehahahahaha. 

Esoknya tu time balik kitorang gerak balik dalam pukul 10 lebih jugak. Then pekerja chalet tu tolong la callkan van utk kitorang balik ke jeti. tak sampai 5  minit dah sampai hahaha bagus service macam ni la yang orang nak. Tapi kan tiba tiba fee dia berubah. Hareyyyy hareyyy. Sebab masa kitorang naik van semalamnya tu, pakcik van tu cakap fee dia tetap sama kalau ada group lain sekalipun harga tak naik sekali pakcik van yang time balik ni(pakcik van lain lain) pergi charge utk dua group. Sepatutnya RM16 je tapi ada family lain naik sama dengan kitorang dia charge la sama jugak. Kalau tak boleh je jadi RM8 segroup. Babun sungguh lah pakcik tuuuuu. Tau nak untung jeee. Kalau tau jadi gitu, dah call dah pakcik semalam tu. Then nak tunggu feri pulak tunggu 30 minit hahaha yang ni sumpah gua cakap berpeluh peluh. Dah la hangin dengan pakcik tu dahtu pulak panas gilaaa dengan lapar time tu nasib baik ada bekalan. Sorry la kitorang ni manjang laparrrr!! hahaha. pukul 12.30tgh hari mcm tu baru la feri sampai. Kitorang sampai Marina island dalam pukul 12.40 mcm tu la. Then kitorang terus pergi aeon mall kat seri manjung kot hahaha tetibe lost tak ingat! hehehe. Apa lagi sesampai sana cari makan la sampai lebammm! Then pergi tengok wayanggg shopping sikit tapi makan la paling banyak. So we spend almost RM200 untuk Dua hari satu malam. Kalau korang jenis tak makan sgt lagi jimat hahahaha.

Lepas dah enjoy semua sampai je rumah dalam pukul 9 malam mcm tu. Penat dia wehhh satu badan sakit tangan lebam lebam but really worth it! So after this, in progress for next vacation!!  


















No comments: