Sunday, 22 April 2018

What i do when im so bored??

Okay entry untuk yang ni aku cuma nak share pasal......hahaha aku en kalau mcm terlalu bosan ke apa satu je aku fikir 'make up'!!! Dah tu pulak menjelma waktu  malam je boringnya tu. hahaha. So before that, barang make up yg aku selalu guna tu takdak la barang yang brand sangat just mampu milik and aku suka conteng muka! Even tak lawa tp aku hargai diri aku! hahaha. 

And lagi satu kalau mood aku nak make up ni bila skin aku dalam keadaan yang takde jerawat je baru aku make up takde menggelupas haaa time tu rajin ah nak make up. And selalu tengok youtube je cara nak make up. Kadang tu aku bantai je sudahnya jadi kelabu haaa nak sangat!!










Taraaa! hahaha tak lawa mana pun hahaha cuma aku nak ckp aku masih newbiyy!!

Okay ni foundation yang aku guna currently! HD Cream Foundation by Everdeens. Serious best and tak berat dia rasa ringan je tp kalau yang combination skin jangan pakai selalu. Hahaha dia agak berminyak tang hidung. Kalau hang ada parut jerawat pun dia mampu tutup.Not fully coverage but still okay.


Untuk bahagian lipsitck pulak, before aku pakai yang matte atas ni aku pakai lisptick biasa dulu mcm aku, aku pakai mary kay(mak aku bagi) hahah kod mauve moment. Lepastu aku blend dgn so alap ni pulak kod seroja. Nak bagi lipstick tahan lama and naik seri sila campur campur okay!! Matte ni pun hakak aku bagi and kalau hang makan pun dia still ada dibibir but mcm melekit sikit but still okay hahha.

  • Okay yang atas semua ni aku make up sendiri and tak nampak mcm make up pun ennn! Okay yang kat bawah ni pulak aku nak show you all kawan aku make up kan!!!
  • Sorry kalau tak nampak sangat sebab lighting dlm bilik tak berapa lawa.













Taraaaa!! Lawa kannn aku suka gila make up look yang ini. Before ni pun dia ada make up aku jugak tapi make up look yang lain. Bila dah make up mcm tu aku rasa mcm sayang je nak basuh dah tu aku pun berangan la sensorang. So mcm sesiapa yang mc berkenan or berminat nak services dia boleh email sis okay! hahahahah. sebab aku pun belajar make up daripada dia. Brand apa yang elok and sesuai dgn muka. Haaaa gitchewww. Time ni kitorg dah habis paper final ko rasaaa? Memang ini la kerja diaaaa.

And kalau nak bagi glitter kat mata tu pekat boleh taruk air eh! hahaha sebab aku selalu apply kalau nak make up. Ni pun actually not fully coverage. Still nampak jerawat kekecik tu plus that time skin aku tak berapa okay sangat. Maklumla stress sebab final kan haaa.


Okay sebenarnya yg part kening tu tak lukis pun just pekatkan je. sebab dulu suka tarik bulu kening lelagi kalau time tgh study berapa banyak tah gugur hahaha. tu yang mcm tak balance lebat dia hahaha. okay bye!

Aku ada je share kat instagram and bagi sesapa yang dah tahu takpaa kali ni kat entry ni aku share details lagi even tak berapa nak details. heheh. Takde istilah tak pandai make up ke apa yang penting niat kau tu nak! hahah taktahu belaja je takpaa sikit pun okay asalkan dapat tahu basic pun dah okay! itupun bagi orang yg suka make up tapi tak reti. Haaa gitchewwww. Dulu pun aku tak reti tp berapa lama aku belajar cemana nak lukis kening haaaa tu pun kening aku ada takde jeee haaa. So guys hopefully entry ni dpt membantu sebanyak sedikit cehwahhhh. Enjoy your reading!



Happy Wedding friend!

Haiiii!! Okay disebabkan banyak sangat tertinggal dah hahahah okay tak! Lama sangat dah tak update blog ni so many story that i want to share and update. Okay ni just for fun and maybe boleh inspire orang ke. Okay aku harap je even takde pun! hehehe. Aku akan buat entry by entry aku takkan cerita sekali gus dlm satu entry. Pening pulak nak baca kan! Okay untuk cerita kat entry ni i want to share a story about my friend yang dah selamat pun kawin! hukhuk sedih jugak la masa dia akad nikah haritu. Bulan 3 baru baru ni.

Actually daripada tahun lepas lagi dia mintak untuk jadi bridesmaid dia. So that time memg dah excited gila bila dengar dia dah nak kawin. Bukan aku je and there was a few my friends too yang jadi sekali and semuanya daripada sekolah lagi. So sebulan sebelum majlis dia, dia sponsor lah sepasang baju belum siap untuk jahit. So design dia kena sama dgn semua orang okay yg tu aku lagilah excited tak tahu kenapa mcm aku je yang nak kawin. Bila dah hantar dekat tukang jahit semua bila dpt balik kurang memuaskan but still okay la takde la dia jahit lain sgt cuma jahitan dia kurang kemas. But still not too satisfied. Takpela cantik jugak bila dah pakai tudung apa semua bukan nampak nau pun enn. Then before majlis akad dia aku dgn sorang kwn aku lagi bergegas ah balik and memasing daripda u kot hahaha effort siot semata nak balik tengok kawan nikah. *kesat air mata* Tu pun sampai rumah dia dah petang then malamnya pulak majlis malam berinai haa engko aku yg paling over hahaha. Who caress member kawin kot!!! Dah tu pulak bila dah siap semua berhenna bagai dalam pukul 3 mcm tu terus terlentok depan pelamin barai dia toksah cakap ah. Bebangun esok pagi terus buat kerja and so on sebab petangnya tu dah majlis akad. Dah siap and prepare apa yg patut semua then sesiap pulak untuk majlis akad tu hahaha babun aku excited hahaha. Bila semua dah ready tok kadi pulak lambat alahhh spoil betul. So majlis tu start pukul 4 mcm tu. Haaa yang touchingnya masa dah sah akad tu kakak pengantin tu p nangis dekat aku and aku pulak jenis tak boleh tengok org nangis haa apa la lagi aku pun ternangis sama. Hahahaha habis make up i. Dgn pengantin pun nangis sama hehehe. But im happy for you babe! Semoga kekal sampai bila bila okay!

So dah settle semua sampai dah nak maghrib mcm tu aku pun balik ah rumah dan sangat la penat and barai sebab daripada pagi buat kerja hahah konon padahal ko banyak selfiee jee hahah. ehh tak banyak ah sebab tak sempat pun nak selfieee. 

Then esok time kenduri tu haaa aku banyak selfie balas dendam semalamnya tak dpt selfie kahkahkah. Time kenduri tu kitorg kena dtg awa sebab nak setup tempat taruk candy kek and so on. Time ni best sebab semua benda aku makan free kak farah masak sumpah sedap namamposss hahaha. Especially brownies dia hahaha. Tapi tula kelam kabut jugak la sebab nak tau tak?? sebab memasing sibuk nak tgk pengantin pastu nak selfie hahahaha sengal betul termasuk aku. Then sampai dah petang mcm tu kitorg kena keluar utk outdoor photoshoot. Time ni la muka memasing dah kelabu dah sebab dah penat namamposss aku dgn sakit pinggangnya hahaha. Bayangkan kitorg photoshoot sampai pukul 7.15 kot dah nak maghrib dah hahaha. Tapi sis happy and have fun even penat pun! 

Gambar ni time majlis nikah! 

Sesi batalkan air sembahyang!

You are too pretty to handle!











Aku rasa dah mcm bidadari kayangan dah!


Sorry for low lighting!

This one too!

Baju dia cantik!!!



Okay so tu semua antara gambar gambar yang aku ada and telah di edit! Actually banyak benda aku berlaku tp aku dah ringkaskan kalau tak sampai ke malam belum tentu aku habis type. So yeahh enjoy your reading!