Thursday, 13 April 2017

Dunia atlet

Assalamualaikum readers!! Hai sihat ke tuu? Cik pia sihat aja dehhhhhhh. Tapi kadang kadang ada la jugak lemah lemah badannya sebab dah jarang sangat bersenam. Dulu ye laaa kuat sebab atlet, sekarang dah pencen weii boleh kira berapa kali aku jogging or bersenam dalam setahun. MasyaAllah teruk sangat ni sis. Okay ni nak cerita la zaman atlet dulu hahaha. Taktau la banyak ingat ke banyak lupa.

Back to 11 years ago, time tu umur aku 10 tahun. Tapi aku dah mula tunjuk belang yang aku ni bakal atlet masa umur aku 6 tahun. Asal sukan je aku sebat, asal ada lari lari je aku sebat. Masa aku kekecik dulu, aku suka memanjat and sangat la lasak. Dalam family aku,mak aku cakap aku la yang paling lasak dan susah untuk di jaga. Boleh kurus bagi yang gemuk kalau jaga aku ni time kekecik dulu. Okay back to the topic, masa sekolah rendah dulu murid murid sekolah dibahagikan 2 tahap iaitu tahap 1 and tahap 2. Masa aku mula berjinak jadi atlet time aku umur darjah 1 lagi tahap satu la kan. First acara aku ambik lari pecut 100meter. Aku pun taktau aku lari mcm mana tengok tengok aku dah sampai dulu kat garisan penamat. Serious aku tak rasa penat pun time tu hahaha. Lepas dah lari tu, aku lari berganti pulak untuk 100meter. Dah tu pulak aku ambik acara lompat tinggi. Yang acara ni aku dapat naib johan sebab ada kawan aku dia dapat johan and dia punya cara lompat tu memang cantik weii lentik dia and aku pun belajar sendiri cara nak lompat. Seingat aku la, tahap 1 lagi aku dah dapat gelaran olahragawati. Masa tu kecik lagi bodo bodo ayam lagi aku taktau olahragawati tu apa, and aku pun bapak bangga gilaa dapat piala olahragawati tu. Muka bangga habis weiii! hahahaha. Then lelama tu aku baru sedo olahragawati tu apa hahahah noob la jugak aku dulu. Start je aku berjinak dalam sukan sukan ni setiap tahun nama aku dipanggil. Baik peringkat sekolah,habis daerah dgn negeri pun nama aku kena panggil. Tapi masa umur darjah 1 2 3 aku masih tak berani lagi nak pergi peringkat yang jauh. Start masuk darjah 4 aku pergi peringkat negeri. Ehhh memg umur itu pun baru ada. Hahahah kaykay lupaaa. Tula first time aku pergi untuk wakil daerah sabak bernam. Weii kecut weii. Masa latihan pusat tu, habis mcm mcm aku belajar dari cara nak warm up, warming down cara nak lari cara nak pass battern(taktau eja) hehehe, cara nak lari pun ada konsep weii bukan kau main redah je lari. Pernafasan lagi mcm mcm la aku belajo. Perangai orang pun lain lain. Haaa kat situ kau boleh nampak la syaiton atau manusia. ahahahahahha. Kaykaykay. Tapi masa peringkat negeri sekolah rendah ni aku pergi sampai aku darjah 6 and semua dpt saguhati hahahah sedih kot sebab latihan bukan beterusan tp sekejap je. Nak bina stamina bukannya sekejap,nak belajar skill bukan seminggu dua tapi berbulan baru mahir kan. And tu la kekurangannya. Tapi takpa pengalaman yang kita ambil. Tu aku baru cerite olahraga, belum aku sentuh bola jaring. Haaa tapi bola jaring aku tak aktif sangat, sbb apa? haaa sebab cikgu ejek aku bajet ayu. Hahahaah kewaja sungguh!! Aku pun taktau apa yang bajet ayu weiii. Dia ingat aku buat buat lembut kot time main, padahal aku memg lembut pun. Kahkahkahkah. So aku tak berapa sangat la dgn bola jaring ni tapi still boleh main bahagian shooter okay. hahahahah.

Then, naik form1 orang dah kenal dahhh. Olahraga je tak payah cari cari dah, terus panggil nama aku. Haa sampai aku nak menyorok pun cikgu boleh trace.Haaa kau nampak tak aku ni mcm ayam tambatan sekola SUA. HAHAHAHA perasan jap. Form 1 susah sikit la nak menang banyak acara sbb ramai senior hebat belaka. Berdesup je lari hahahah takut sis. So form1 tu mcm pasif sikit la focus study la jela dulu ennn memandangkan mak cikgu sekola tu kena buat baik sikit heheheh. Then naik form 2, haaa kau time ni aku tunjuk belang sikit, sbb senior ada yang dah keluar kan. Mungkin rezeki aku la kot, dapat la olahragawati. Uuuuuu lagi sekali aku bangga!!!hahahahaha. Bangga ahh sebab aku kalahkan senior tua setahun jee hehehe. But time tu, ada program SPTS stand for Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Haaa dia mcm kita wakil negeri la and aku ada lagi member aku yang lain pun terpilih untuk pergi sebagai wakil selangor. Actually time tu tak tahu pun nak kena compete budak perak kl dgn apa tah lagi. Dah sampai sana baru tahu, kecut dia tu kau toksah cakap la weiii makan pun aku tak lalu. Tengok stadium je aku rasa nak terberak nervous mcm takde darah mengalir. Aku tak cakap lebat, aku ckp apa yg aku alami ahahhahaha. Aku tak ingat la acara apa je yang ada tp yg aku ingat acara 100m tu aku dpt kedua akhir hahaha bapak sedih and lompat tinggi aku dapat pecah rekod negeri hahaahha yang tu aku mcm mimpi pun ada. Aku pun tak igt ketinggian aku berapa 2.? taktau la berapa. Hahahaha lagi sekali aku nak bangga hahahaha. kaykaykay. Sangat seronok sebab dapat ramai member mcm hanat, mcm setan, mcm budak budak, semua la. Yang nak rampas kawan pun ada weii. Aku ingat lagi sbb aku yang jadi mangsa hahahaah budak budak betul. SPTS ni la bakal melahirkan atlet yang berkebolehan tinggi so sesiapa yg terpilih SPTS ni adalah orang orang yang terpilih. ahaha kot la. Dia bukan takat olahraga je, tapi Badminton,bola sepak, Hoki and many more.

Tapi naik je form3 form 4 form5 aku dah slow sikit. Form3 sebab nak PMR en, so aku kurangkan aktiviti aktiviti luar. Nak main pun sekadar peringkat sekola jela haaaaa sedih jugak laaa. Sampaila aku tak sempat nak jumpa arwah ja'a buat kali terakhir. Terkilan gilaaa rasanya. Padahal dia la dulu yang selalu bagi support kalau aku nak lari. Sobssss. Tak apa la benda dah lama lepas kan. huhuhu. Naik form4 aku dpt lagi olahragawati hahaha rezeki la kot sbb time tu aku fight dgn kawan baik aku sendiri sbb dia pun atlet jugak. Saing secara sihat la kan. Hahahaha sbb form3 dia dah dpt kan so naik form4 bagi la aku pulak hehehe. Tapi form 3 4 5 ni la aku aktif dalam badminton. Sebab my dad dgn ustaz alias yang jadi coach. Badminton ni pun aku pernah pergi sampai peringkat negeri. Tapi kalau takde sokongan dua orang coach tu memang tak la aku dapat pergi sejauh tu and sokongan padu kawan seperjuangan yang lain. Thanks beb. Memang tersangat la banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang sekolah. Macam macam orang ragam sampai aku terfikir, masih wujud manusia mcm ni. Haaaa well biasalah orang datang daripada berbeza puak berbeza pendapat dan pangkat. Haaaa gittuuuu.

So, aku nak cakap kat sini walau apa pun yang kita lalui kan jangan malu untuk berkongsi kecuali kalau benda tu private tapi tak salah kalau nak share mintak pendapat. Tp jangan terlalu public biaarlah dgn orang yang kita percayai. Sebab zaman sekarang ni dah lain budaya dia tak sama mcm dulu. Mentality orang sekarang agak sempit sikit. Satu kesan besar yang aku dpt dari apa yang aku lalui ni ialah jangan mudah mengalah. Usaha selagi kau mampu. Mindset yang kawan segalanya. Kalau kau rasa kau nak, work for it. Simple ann. Tapi kadang kadang susah kan nak buat, tapi takpa kalau gagal jangan lupa bangun balik. Dulu before jadi atlet pun, memg aku selalu kena marah sampai nangis nangis. Tapi kalau dah minat apa pun aku redah. Takpa kalau kau terpkasa buat sesuatu yang kau tak minat, kau fikirlah baik buruknya pulak. Fikir kedepan sikit. Jangan terlalu selfish ada hikmah dia tu. Haaaa kan aku ckp pun aku selalu ingatkan kat diri aku jugak. huhuhu. So goodluck everyone!!!
Ni sukan sekolah masa 2013(form 5) Tah apesal aku tegak semacam tah tuuu. Aduii kerass betul!! Johan 100meter kot tak ingat lah. And olahragawati time ni tu yang no2 tu haa. hehehhe.

No comments: