Thursday, 13 July 2017

Accept for who you are

Assalamulaikum everyone hai lama pulak tak update blog ni since puasa dgn raya ni kan. Harini pun sis taktau lah dah raya ke berapa ni hahahah malas nak ambik tahu sbb yang pasti tak lama result upu keluar haaa gentar jugak lahhh sisturrrr. Tapi takpe la rezeki tu ada kat mana mana je kalau kita usaha betul tak? huhuhuhu. Okay malam ni aku nak cerite satu cerita. Topik kali maybe ramai yang dah sedia tahu tp aku nak ingatkan lagi sekali okay. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah dia okay kau kena ingat Allah sentiasa ada dekat dengan kita, kita tinggal tadah tangan doa pada Dia. Mintak lah dengan tamak. Tak kira dalam susah ke senang ke tapi please la jangan lupa pada Dia. 

Sebenarnya dulu aku ni tak ada la ramai kawan sangat. Okay nak diceritakan memang daripada kecik aku ni budak atlet so kalau dah budak atlet sah sah la kurus  kering hitam legam apa semua and at the same time ramai la kawan daripada lain daerah. So yang peliknya kat sekolah batch aku semua mcm palau aku. Hmm aku pun taktau apa exact reason aku kena mcm tu. Maybe sebab aku ni tak pandai sgt kot lepastu maybe gedik maybe tak pandai sgt nak berkawan. Okay for your information aku ni tak kisah langsung nak berkawan dengan siapa dia jahat ke dia baik ke dia muda ke dia tua ke semua aku bedal sebab apa sebab umur tak membataskan perkenalan kita. Selama beberapa tahun tu memg banyak kali aku nangis sebab yang sama sampai satu masa aku fedup sgt. Aku pun taktau apa salah aku waktu tu. Sampai aku rasa aku benci diri aku aku benci semua orang. Haaa teruk jugak keadaan aku waktu tu. Tapi aku bukan jenis yang terhegeh hegeh kalau memg betul diorang benci aku okay aku buat hal aku tipu la tak rasa sedih setiap hari pergi sekolah rasa takut je rasa sesorang. Takut bukan sebab apa takut aku tak kuat waktu tu. Tiada siapa tahu perasaan aku waktu tu. Aku sedar aku tak molek tak lawa apa semua tp aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Sebab Allah tu Maha Adil. Hari demi hari aku bangkit. Tak kisah la orang nak ckp aku apa gedik ke bajet lawa ke yang penting aku tahu apa yang aku buat. Aku sedar aku tak sebijak mana tapi aku usaha aku lawan diri aku supaya jangan lemah. Nak tahu tak kenapa? Aku fikir sampai bila orang nak pandang kita ni hina? Kita pun ada maruah what. Sampai bila kita nak kena dengar cakap orang? Sampai bila kita nak diarahkan oleh orang? Sampai bila kita nak dikongkong? Persoalannya sampai bila? Sebab tu ciri ciri orang berjaya sentiasa berubah and muhasabah diri. Tak kira apa pun kau buat atau apa yang kau rancang tp kalau takde redha dan berkat Dia kau takkan dpt jiwa yang tenang. Bukan sekarang tp akan datang. 

Kenapa Islam itu mudah? Sebab semua dah diajar oleh Nabi kita sendiri yang islam itu mudah. Mudah dapat pahala. And lagi mudah kalau kita sentiasa bergantung pada Dia. Ye betul manusia mudah lupa manusia sentiasa buat dosa. So sebab tu kita diharuskan berdoa setiap lepas solat. Kadang tetibe rasa tak tenang rasa tak sedap hati apa yang kita buat semua tak kena itu sebab Allah nak kita sedar ada sesuatu perkara yang kita dah buat salah. Semua bermula pada DIRI kita ni. Kita ni hamba yang khilaf sentiasa terleka tapi Allah itu Maha Berkuasa tau sentiasa ingat kat kita. Sebab tu setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Sejahil jahil manusia, tolong la jangan tinggal solat. 

Okay nampaknya mcm dah ke arah islamic ni. So aku nak sampaikan kat korang semua, jadilah manusia yang ada tujuan dalam hidup. Tak kisah la kau ada spm je ke atau takde ke, sebab apa Allah dah takdirkan takdir setiap hamba dia. Tetapi takdir itu mungkin akan berubah sekiranya kita berusaha dan berdoa. Terima la semua baik buruk dalam diri kita sebab cipataan Allah tak ada cacat celanya semuanya sempurna. Siapa rasa insecure sebab ada org lagi lawa aku nak tanya lah lawa lawa ni rasanya ori ke tak? Sekiranya dia memg lawa itu anugerah and bonus kalau sebab make up kau hilangkan la rasa insecure tu sbb tak kekal lama. Allah pun tak pandang beb. Tapi bila masuk soal confident level pulak. Aku nak tanya la kan, kita memg hidup utk dpt pujian orang eh? takde la kan aku bukan apa kan sorry kalau ada yang terasa, cuma tak nak korang rasa terbeban bila hidup mcm tu, come on okay setiap orang ada keistimewaan dia. so please accept for who you are! Okay memg betul statement ni bila kita make up akn rasa lebih confident tu memg tak nafikan sbb utk diri kita sendiri. Tapi jangan la make up sampai ubah rupa muka yang asal. So mcm kita tak bersyukur la kan. setakat make up base okay dah. Tapi siapa kita nak menghukum manusia? Cuma tugas kita antara manusia ialah nasihat menasihati. Bila aku baca balik kisah para Nabi and especially Nabi Muhammad SAW ni, aku terasa aku ni manusia yang hina. Hmm korang pun tahu rasanya kisah kisah beliau. Just that terlalu banyak terleka. 

Tak mengapa la, doa itu senjata umat islam. So jangan berhenti berdoa. Even kau rasa kau jahat ke apa ke tp tak salah untuk cuba berubah okay. Allah nampak and Allah tahu niat kita semua jangan la risau!! Have faith on him!!! Sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!


 

No comments: