Sunday, 15 January 2017

mencegah lebih baik daripada merawat!

Hello readers!! How are you?? Haa cikpia harap semua sihat belaka okay. Siapa yang tak sihat tu cecepat la pergi klinik ke apa ke sebelum melarat. Siapa ada resdung? Haaa rasanya semua orang ada resdung kan cuma yang bezanya tu teruk atau tak je. Cikpia ni level dia boleh tahan teruk. Haaa setiap hari bersin setiap pagi la senang cerita. Lelagi kalau kena air pepagi tu haa. Dalam satu masa tu boleh capai 7 kali bersin seksa tak seksa la rasanya. So cikpia sarankan sesiapa yang ada tahap resdung mcm tu bawak bawak la pergi rawatan sebelum jadi lebih teruk. Resdung ni jugak boleh bawa maut dalam diam tau. Bahaya kalau tak rawat. Kalau sesiapa yang tak teruk sangat tu terus je pergi cek then terus rawat lagi senang kos tak tinggi and in shaa Allah takkan ada balik kalau kita sentiasa jaga. Penyakit ni semua ada rawatan dia cuma kita nak tak nak je tapi siapa tak nak sihat kan.

Rawatan resdung ni dia ada banyak jenis rasanya semua jenis cikpia dah cuba dah. Contohnya keluar lendir tu asap tu haa lintah tu ja tak lagi. Weiii geli weiii dengan lelendir tu lagi. Walaweiii rasa mcm nak muntah pengsan je tengok.

Antara simpton resdung:


  1. Gatal-gatal muka, telinga, hidung, mata dan gatal seluruh badan.
  2. Kerap bersin dan berkahak.
  3. Hidung tersumbat dan berair.
  4. Jerawat dan jeragat yang kronik.
  5. Pendengaran kurang jelas.
  6. Sakit kepala(migrain)
  7. Nafas berbau.
  8. Alahan pada pemakanan.
  9. Alahan pada habuk.
  10. Kulit kepala kelemumur dan gugur.
  11. Keputihan bagi wanita,
  12. Buasir
  13. Letih lesu yang disebabkan resdung.
Okay itu semua cikpia pernah alami kecuali no 5 dgn no 12. Haaaa so sesiapa yang ada simpton seperti kat atas tu sila sila la cek dan rawat. Weii resdung bahaya weii serious cakap. Memula memg tak teruk tapi sebenarnya dia makan dari dalam. Yang korang ada dengar pasal ulat ulat tu haa tu sebab la kita rasa telinga gatal. Sebab tu istilah maut dalam diam. Kalau kita makan kapsule banyak banyak pun tp kita tak buang buangan tu semua dari dalam badan takkan sembuh. Lepastu lagi banyak makan kapsule boleh menyebabkan buah pinggang rosak tau. Kecuali kalau kita banyak banyakkan minum air.

Cikpia share semua ni cikpia nak bantu korang yang ada penyakit ni. Kita sama sama merawat untuk jangka masa panjang. Kalau kita sihat semua benda nak buat takkan terganggu lagi dengan masalah ni!




Ha ini la dia gambar yang menyebabkan kita ada resdung. 

Sebenarnya cikpia dah lama ada resdung since sekolah lagi. Macam macam dah cikpia cuba buat rawatan makan ubat itu ini tapi tak jugak dia baik tp makin teruk ada la. Tension dia tu toksah cakap beb memang sakit hati kadang kadang duduk dalam aircond lelama pun bersin sebab hidung tersumbat. Dulu cikpia punya dalam hidung bengkak dan merah lepas berubat kurang sikit tapi jerawat still ada. And makan tak jaga kan k k tu padah dia. Lepastu sekarang cikpia tengah buat rawatan yang mengeluarkan darah kotor. So yeahhh! Result dia best weii. Kalau nak sihat cecepat pergi buat rawatan okay!! Full result stay tuned okay! haahahaha. 



Hai si kecik!